Sunday, August 30, 2009

berteman...

gambar hiasan: NATURE SEEKERS GROUP AT HUTAN LIPUR KAWANG 2009

assalammualaikum & sejahtera.. wahai si pembaca berhati mulia...
kawan... teman... rakan... mungkin pelbagai definisi atau persepsi untuk kalian..

namun apa yang ku amati dari sekelumit pengalaman hidupku..

1. berkawan itu biar ikhlas... 2. berkawan itu biar di depan ... atau di belakang tidak pernah berubah hatinya... di depan bermulut manis .. di belakang mengumpat keji.. 3. jangan berkawan semata2 kerana perlukan pertolongannya... tapi ikhlas dong.. susah sama susah...senang sama2... bukannya susah perlu kamu... senang pajak sendirian.. 4. jangan selamba berkata...oooo ingatkan dia tahu...jadi bagi tau lah dia... cerita/rahsia tu...
  • ada jenis kawan sekali rasa terkhianati, akan mudah memaafkan tetapi takkan mudah mengubah persepsinya terhadap anda...
  • ada jenis kawan selalu biar diri bagai diperguna... sehingga dia terasa terlalu penat akhirnya ...dia akan pergi dan melupakan kenangan diperguna-gunakan demi kepentingan kawan-kawannya...
  • ada kawan yang x kisah apapun... asalkan berkawan...
  • ada kawan yang xkisah pun asalkan berkawan... duit/ benda lain.. kita dia pinjam/ guna macam dia yang punya... lepas tu buat2 lupa mahu ganti... atau berterima kasih...
  • ada kawan selamba tetapi dia kawan sejati...
oh kawan... macam2 jenis kawan... tapi bukan semua insan berpeluang temui semua jenis kawan itu.... namun hasil pemerhatiaan kita pasti boleh mengenal kawan2 kita...

tidak perlu menilai kawan... nilai diri kita sebagai kawan kepada kawan kita... jujurkah kita... ikhlaskah kita... sejauh mana kita sanggup dibuli (jika ada)... sedalam mana rahsia kawan tetap rahsia kita...

setiap insan atau kawan mesti mempunyai kelemahan... kerana setiap kita mempunyai latar brlakang yang berbeza yg membentuk jati diri kita... belajar dan contohi yang baik...tinggalkan perlakuan yang tidak baik terhadap kawan... dan saling menghormati kepada semua kawan yang lama dan yang baru...

Salam Persahabatan.. andai daku salah tegur daku dengan segala kata yang menbina agar daku menjadi hebat seperti anda!

No comments:

Post a Comment